Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, March 26, 2011

BiLa 2 JaSaD bErSaTu..

Best giler semalam!!! Sebab apa? Sebab ada BOT test. Eh bukan.. Sebab dapat pegi Gurney lepas test. Haha. Akhirnya tercapai jugak hajat aku nak tengok movie "HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA" yang dikatakan best giler tu. For me, movie ni memang besttt. Tak sangka Malaysia dapat buat filem macam ni. Setanding dengan Hollywood movie..!!

Kalau tak percaya, pergi la tengok sendiri. Rugi kalau korang tak tengok. WAJIB tengok. Sebab apa? Hmm... Sebab.. Kita boleh belajar sejarah kerajaan Langkasuka di Kedah. Hehe. Aksi-aksi dia pon best and yang paling aku suka sekali ialah skrip dia yang hebat tu.. Fuuhh.. Mantap!! Menusuk kalbu kot.. 

Dialog-dialog dalam cerita ni menggunakan bahasa lama yang puitis dan penuh dengan isi tersirat. Stephen and Khir Rahman memang sesuai sangat dengan watak yang mereka lakonkan. Lakonan mereka menjadi betul..! 

Kalau nak tau, cerita ni guna 3 bahasa. Malay, Chinese and English. Wah, 1 MALAYSIA. Hahaha.. Ada unsur komedi, sedih and macam2 lagi la. Bestttt.. Hikayat ini sebenarnya menceritakan tentang seorang nakhoda dan pahlawan bernama Merong Mahawangsa (lakonan Stephen Rahman-Hughes) yang dikatakan berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain.

Cerita ni dimulakan bila angkatan ROM mintak tolong Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom, Marcus Carprenius (Gavin Stenhouse) ke Langkasuka untuk berkahwin dengan seorang Puteri China, Puteri Meng Li Hua (Jing Lusi) atas dasar politik iaitu bagi menemukan dua tamadun besar di negara Timur dan Barat.

Merong Mahawangsa..

Putera Marcus
TAPI puak lanun dari Geruda yang diketuai oleh Kamawas (Khir Rahman) dan Taji (W.Hanafi W.Su) telah menculik Puteri China dan menyerang Merong Mahawangsa dan angkatannya. Merong Mahawangsa cedera parah dan diselamatkan oleh Pak Kesum (Dato Haji Rahim Razali) & Embok (Ummi Nazeera).

Taji & puak Geruda

Kemawas & puak Geruda

Laksamana China diserang puak Geruda

Pak Kesum dan Embuk..
Di kampung Pak Kesum, Merong Mahawangsa telah diangkat menjadi Raja. Namun, Putera Rom dan Laksamana China (Craig Robert Fong) telah datang kembali untuk meminta pertolongan Merong dalam misi menyelamat Puteri. Ending citer nie sangat dramatik dan pilu.. Huhu.. Nak tau ape endingnya? Korang tengok sendiri lah.. hehe. 4.5 bintang for HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA!!! 

Sampai masa tibanya waktu,
Redup hati kamu berdua,
Bila 2 jasad bersatu,
Hidup mati jadi bersama.

No comments: