Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, March 7, 2011

I am an aNiMe LoVer

Ingat tak dulu aku pernah bagitau korang yang aku suka sangat anime. Buktinya?? Selama hampir 3 tahun aku belajar di USM ni, aku dah collect 1 kotak anime comics. Itu pun aku dah buang separuh kotak majalah anime. Kalau tidak, collection aku mesti dah sampai 2 kotak. Untuk 3rd year ni aku dah kurangkan sikit habit aku collect anime ni sebab dah semakin sibuk dan banyak duit nak pakai untuk benda lain. So, aku layan anime online je. Setiap hari at least aku akan tengok 1 episode. Tak kira la time tu aku ada test ke sibuk dengan report ke, aku akan curi masa untuk tengok anime jugak sebab tu salah satu cara aku hilangkan tension. Even kalau aku rasa macam nak marah ke or sedih mesti rasa tu akan hilang lepas tengok anime. Sebab tu lah aku suka sangat anime!!!


Hari aku baru je habis tengok anime “Akage No Anne”. Best sangat cerita ni. Produced in 1979, adaptasi dari novel “Anne of Green Gables”. Total 50 episodes. Banyak pengajaran yang kita boleh dapat dan macam2 episode yang menarik. Ada yang membuatkan aku tak henti2 ketawa sampai sakit perut (terutama di awal2 episode) dan ada jugak yang sedih gila sampai aku menangis sorang2 macam episode 47 (“The Reaper Whose Name is Death"). Actually, anime ni is about Anne Shirley, anak yatim berambut merah yang suka bercakap banyak dan berimaginasi tinggi. Ramai orang yang tak mahu mengambil Anne sebagai anak angkat sebab rambutnya yang merah dan tubuh badannya yang kurus dan kecik. Time tu tujuan orang nak ambik anak angkat adalah untuk membantu buat kerja2 rumah. So, orang taknak lah ambil budak perempuan yang lemah macam Anne ni.

Anne pada usia 11 tahun.
Ada satu hari tu, dengan secara tidak sengaja, Anne dihantar ke Green Gables which is rumah Miss Marilla Cuthbert and Mr. Matthew Cuthbert yang sebenarnya nak ambik anak angkat lelaki. Dipendekkan cerita, lastly diorang decide untuk adopt je Anne. Dari situ lah bermulanya kisah hidup Anne yang penuh dengan suka dan duka..

Anne ni sebenarnya bijak dan selalu cemerlang dalam pelajaran. Episode yang last2 tu banyak yang sedih2 sebab Anne decide untuk give up her dream because of some reason. Memang menitis la air mata tengok sebab tak dapat nak bayangkan macam mana dia terpaksa give up setelah berusaha keras padahal tinggal satu step je lagi nak capai impian dia.

Anne yang rajin menolong Marilla buat kerja rumah.

Anne dengan imaginasinya.

Anne with her best friend (Diana Barry)

Budak lelaki yang Anne benci sangat (Gilbert Blythe)

Anne pada usia 17 tahun.
Macam mana? Menarik tak? Sekarang aku tengah tengok anime "Gosick". Cerita tentang penyiasat perempuan yang comel sangat. Macam menrik kan sebab sebelum ni asyik cerita pasal penyiasat lelaki ja macam "Detective Conan" & "Sherlock Holmes". Sekali sekala tengok perempuan pulak beraksi..Haha.. Baru je start tengok hari ni. Nanti dah habis aku cita, ok?

Pernah tengok penyiasat secomel ini??

No comments: